Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

About Me

My photo
I'm a housewife, membesarkan seorang puteri yang comey dan nakal..hope enjoy surfing my product..

Sunday, February 27, 2011

ashylia ajak jogging...!!!

rase cm pelik x?
ashylia ajak mama n abah lari...(mksudnye jogging)
so petang semalam kami bawalah ashylia g tempat selalu kami jogging tu..
kuar2 kete je die jerit..ma..jom lari...mencanak die lari...hehe..
memang kelakar..dengan cara die lari g...hehe
memang x reti nk dok rehat berenti jap..
lepas 20minit camtu br die penat...
muka naik merah cam pakai blusher...
pastu bile aku keluarkan tali skipping, die pon nk skip gak!!
jap je aku dapat main...
tengok die da penat ajak balik, umpan nk beli aiskrim kat grand union 2...
mula2 nangis xnk balik..
pas abah da start enjin kete, baru nak ikot balik..
yang bagusnya dia tau nk ajak mama n abah jaga kesihatan..jogging...
tapi sebenarnye ashylia yang nak berkejar2...
almaklum dalam umah dok terperap je...hehehe...
good gurl babe...love u..

p/s:yang xbest nye aku leh terlupe lak nak amik gmbr die berlari...huhu..xpe2...next time aku amik an..

Thursday, February 24, 2011

Fadilat Hari Jumaat

::kisah nie aku dapat dari http://blogs.iium.edu.my/norasita/2008/08/01/fadilat-hari-jumaat/#comment-1145 , menarik dan menginsafkan..huhu...betapa lemah nya iman manusia akhir zaman nie kan...
dan kita sebagai muslim mestilah selalu mengingati antara 1 sama lain..bukan dijadikan bahan fitnah dengan jiran2..kenape aku berkata begini?....??
percaya lah...siapa yang x mahu berubah...tapi jangan hipokrit pada diri sendiri..bila nak buat smthing, kena betul2...itu aku..InsyaAllah dengan berkat doa mereka yang mengingati aku...aku akan berubah juga...
so...sudi2 lah baca text di bawah nie...
semoga Allah memberkati usaha kita...

JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:  

  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

lada hitam..

assalamualiakum..
tetibe lak nk cite pasal lada hitam..
dalam sehari dua nie aku agak obses dengan lada hitam..nape eh?
dr pengetahuan aku lada hitam sangat baik untuk mengeluarkan angin dalam badan..
sebab2 ms berpantang mak2 kite masak lauk campur lada hitam..
mak penah cite gak dulu ms dia berpantang uwan tumbuk an lada hitam n gaul dengan nasi panas..
aku pon cube la buat..da 2 hari buat..ade juga nampak kesannya..
senang nak prooot...hehe...
bukan cerita rekaan eh..nie betul2...bukan cobaan...
nanti aku carikan lagi khasiat lada hitam..
out ya...
daaaa...

Friday, February 18, 2011

kekanda adinda..

::: oh kekanda jangan iri hati dinda naik pangkat lagi :::

nie lirik pertama dalam lagu kekanda adinda...
aku menulis di sini sekadar berkongsi pendapat ye...
xde kena mengena dengan sesape pon...
in my opinion...patut ke seorang isteri berkata sebegitu pada suaminye?
kalu setakat bergurau2 ok g kot...siap ade kot 2...?
tapi kalau di ikutkan x elok berbicara sebegitu...semua sedia maklumkan lelaki dan perempuan ade ego masing2..
perlu di ingat..ego lelaki lebih tinggi..sesuai la dengan ciptaan Allah yang menjadikan seorang lelaki sebagai
khalifah di bumi ini..
TAPI bila sampai bab cani, perlu di ingat sebagai ketua keluarga seorang suami perlu menyediakan kelengkapan terbaik buat si isteri dan zuriat mereka mengikut kemampuan nya..
andai kekanda kerja sebagai operator, janganlah si dinda meminta sesuatu yang layak disediakan seorang eksekutif..peningla kepala kekanda nak memenuhi kehendak si dinda...mungkin kata2 nie agak keras..tapi itulah hakikatnya...
dengan kos sara hidup yang makin meningkat kini..wah...kalau x betol pengurusan ekonominye pandai2 la nk hidup sampai tiba gaji seterusnya...
aku menulis berdasarkan ape yang pernah aku tengok dan aku lalui..
seboleh-bolehnya jangan la direndahkan martabat seorang suami..walaupun kerja dan gaji nya x setaraf dengan anda..ingat sentiasa dia lah payung kita di syurga nanti..
buat kekanda ku..terima kasih kerana sentiasa membantu dinda sedar n alert di mana kita berpijak sekarang...
assalamualaikum...
i.m here again !!setelah lame aku x update blog nie...
topic today : why its so hard to me in applying adsense?

after bace blog rakan2 terdekat (such as blog wina) br aku sedar yang kite boleh bt duit hanya dengan blogging!!
selame nie aku mmg xtau..almaklumlah dlm bdg comp nie aku mmg lmbt ckit...hehe...
lepas fikir2 ok gk2 leh gk tmbh pndptn eventhough aku x tau ade kex org yg sudi nk bace n3 aku nie...hehehe..tp x cube xtau kan..so aku cube la apply...tp alih2 sume cubaan aku ditolak...ktnye unsupport languages...aku pon pelik..aku siap cek g form yg perlu di isi n letak my language as ENGLISH..tp still di tolak gk...haizzz...xfhm aku...huhu...xtau lak nk refer sape  nie...
what can i do????